Sunday, April 10

KOPI OKAZ



Pek Kopi Okaz
           Kopi Okaz merupakan produk terbaru edaran Syarikat Terra Brilliante Enterprise di pasaran. Kopi ini mempunyai pelbagai khasiat yang amat baik untuk kesihatan. Kopi ini mengandungi campuran herba seperti Ubi Jaga (Smilax Myosotiflora), Kucing Galak (Acalypha Indica), Galak Tua (Stemona Tuberosa), Maca (Lepidium Peruvianum) dan perasa yang dibenarkan.


                Ubi Jaga merupakan herba yang mudah didapati di hutan tropika di Malaysia. Herba ini meningkatkan peredaran darah. Secara tradisionalnya, ia digunakan sebagai salah satu ubat herbal untuk menguatkan tenaga dalaman lelaki dan meningkatkan metabolisme tubuh. Ekstrak dari tanaman ini mempunyai aktiviti yang signifikan terhadap jangkitan enterobacterial pada manusia.

                Kucing Galak juga merupakan herba yang senang dijumpai di Malaysia, walaupun herba ini dikatakan berasal dari India. Kandungan kimia di dalam kucing galak mangandungi antibiotic, antiradang, pelawas kencing, sebagi anstrigen dan menghentikan pendarahan .

                Selain dari dua herba di atas, kopi ini juga mengandungi Galak Tua yang juga banyak terdapat di hutan tropika di Malaysia. Tumbuhan ini bersifat anti bakteria secara semula jadi dan boleh dijadikan racun serangga organik. Bahagian yang digunakan untuk perubatan ialah ubinya. Dalam masyarakat Melayu galak tua digunakan sebagai afrodisiak, iaitu untuk menambah tenaga dalaman.

                Berlainan daripada herba-herba di atas, Maca merupakan herba yang sukar didapati di Malaysia. Herba ini biasanya diperolehi dari Peru. Di kalangan masyarakat antarabangsa, Maca digelar sebagai Viagra semula jadi. Maca telah digunakan sebagai sumber tenaga sejak 2000 tahun lampau, khususnya di kalangan kaum kuno yang bertamadun tinggi, kaum Inca. Maca mengaktifkan aktiviti kelenjar pituitari, seterusnya mengimbangkan hormon di dalam badan. Maca juga mencegah dari berlakunya kanser prostat, meningkatkan tahap aktiviti spermamengurangkan masalah kedatangan haid yang tidak tetap, dan masalah osteoporosis. Ia juga melancarkan peredaran darah, merangsang fungsi otak dan menggalakkan fungsi fungsi hati dan pengedaran kardiovaskular

                Secara keseluruhannya, kopi ini membekalkan tenaga yang sangat kuat kepada pengguna. Penambilan yang berterusan mampu untuk mencegah pengguna dari menghidap penyakit-penyakit seperti kanser, jantung dan buah pinggang. Perkara yang paling penting perlu kita ingat bahawa faedah-faedah yang dinyatakan di atas tidak akan dating dengan segera. Ia memerlukan amalan yang berterusan dan berdisiplin. Sekiranya perkara ini dapat diamalkan, insha Allah segala kemujaraban dan khasiat ala mini dapat dinikmati. MK