INFO TERRA

Syarikat Terra Brilliante Enterprise telah diasaskan oleh seorang usahawan wanita yang semakin bersinar bintangnya, Puan Napisah Jusoh. Beliau merupakan seorang yang sangat berpengalaman dalam bidang keusahawanan. Sebelum menubuhkan syarikat ini, Puan Napisah telah berkecimpung dalam pelbagai jenis peniagaan, baik dari sektor makanan sehinggalah sistem jualan langsung. 


Nama Terra Brilliante yang bermaksud kecemerlangan yang berganda, dipilih berdasarkan matlamat utama syarikat untuk menjadi yang terbaik dalam semua bidang.


Syarikat ini beribu pejabat di Kota Bharu, Kelantan. Walaupun berpusat di Kota Bharu, operasi syarikat ini  dengan aktiviti pemasaran ke suluruh negara. Syarikat ini meletakkan tahun 2014 sebagai tahun sasaran syarikat ini menjadi syarikat produk kegemaran pengguna no. 1 di Malaysia.